Life Jacket/ Personal Floating Device (PFD)
Terdapat pelbagai jenis bentuk dan gaya jaket keselamatan di pasaran namun pada asasnya ia terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu foam (gabus) dan gas. Material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran. Manakala jaket keselamatan gas adalah dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung. Jaket keselamatan atau PFD boleh dibahagikan kepada 5 kategori:
Type I - jenis yang besar, 22 lbs daya apungan, utk kegunaan komersil.
Type II – jenis lama, murah, sentiasa oren, dengan satu tali, utk kegunaan komersil.
Type III – untuk aktiviti rekreasi, material Styrofoam, 15.5 lbs daya apung (4 – 8 jam), selesa digunakan, ruang lengan yg lebar.
Type IV – untuk bot yg melebihi 16’ diwajibkan PFD seperti pelampung keselamatan.
Type V – Inflatable Offshore Life Jacket, utk kegunaan laut dalam, menggunakan gas/ boleh ditiup utk tambah udara, mampu mengapung untuk tempoh lebih panjang.
Diharapkan info ini dapat memberi manafaat kepada semua yang membaca dan yang berminat menceburi sukan air.
Sehingga berjumpa lagi! Adios...
Sila Follow page kami: Facebook Ekstrem Outdoor
Instagram Ekstrem Outdoor
No comments:
Post a Comment