Monday, January 8, 2018

Tips Untuk Water Rafting

Pakaian

Pakai pakaian yang boleh basah. Wetsuits dan polypro adalah yang terbaik. Baju jenis cotton adalah  tidak disyorkan kerana ia menjadi sejuk apabila basah. Pakaian rapid-dry (polyester) yang digunakan untuk sukan air seperti diving dan jetski adalah yang terbaik.


Kasut

Berkaki ayam mungkin selesa ketika di dalam raft, tetapi anda perlu bersedia berjalan di dasar sungai jika terbalik atau terkeluar dari raft di sungai. 'Kasut getah' atau adidas kampung (cuma RM10 di kedai kasut atau pun boleh dapatkan di Sri Damansara Outdoor cuma RM9) dan booties wetsuit adalah yang terbaik atau boleh juga menggunakan sport shoes atau strap sandals.


Jaket keselamatan

Life jaket yang dipakai hendaklah bersesuaian dengan pemakai. Maknanya, tidak terlalu besar atau terlalu ketat. Bagi kanak-kanak pula, perlu mempunyai life jaket dengan pengapungan kolar, pemegang kolar dan crotch strap. Ini membolehkan kanak-kanak terapung ditarik balik ke rakit dengan mudah oleh pemegang kolar; crotch strap memastikan bahawa kanak-kanak tidak akan tergelincir dari life jaket.


Peralatan lain

Pastikan barang-barang berharga seperti barang kemas dan sebagainya tidak dibawa ketika water rafting kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai. Memang tak jumpa cari la. Bawa peralatan yang perlu sahaja. Hanya kamera dan handfon yang waterproof sahaja dibawa kerana saudara akan basah.

Sampai jumpa lagi!Adios..


Sila Follow page kami : Facebook Ekstrem Outdoor

                                      Instagram Ekstrem Outdoor

No comments:

Post a Comment