4 alasan mengapa anda perlu mencuba white water rafting
1. Membantu Anda Menghilangkan Stress
Salah satu alasan untuk anda menyertai aktiviti ‘white
water rafting’ adalah bahawa ia membantu anda melegakan stress atau tekanan. Stress
keje, stress nak siapkan assignment, stress mengadap jem pegi keje balik keje,
atau apa-apa sahaja.
Apabila anda berada di sungai, semua kebimbangan dan
ketegangan anda dari dunia luar akan hilang dengan kejernihan air dan bunyi
arus air sungai yang mendamaikan. Meninggalkan anda dalam keadaan lega dan
gembira lupa kepada stress yang mengganggu fikiran anda.
Selain itu, keindahan pokok yg menghijau, udara bersih,
cahaya matahari yang hangat, dan bunyian dari hidupan hutan akan memberikan anda
kelainan dari suasana kota.
2. Memperkukuh Hubungan Dengan Yang Disayangi
Aktiviti water rafting dilakukan secara berkumpulan sama
ada rakan-rakan, pasangan masing-masing atau juga kenalan baru semasa melakukan
water rafting. Secara tidak langsung anda akan menguatkan hubungan dengan
rakan-rakan dan orang tersayang yang bersama anda.
Semasa anda mengharungi rapids, anda dan rakan atau
pasangan akan bekerja dengan Antara satu sama lain secara berpasukan untuk
menakluki jeram. Teamwork dalam water rafting amatlah penting untuk menamatkan
aktiviti dgn seronok dan selamat.Ini termasuk mendengar panduan dan arahan dari
boat guide.
Ini adalah pengalaman baru yang dikongsi bersama dan akan
menjadi kenangan baru bersama. Pengalaman menarik ini boleh saudara cerita dan
kongsi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga bila kembali ke rumah
masing-masing.
3. Exercise yg bagus
Bukan sekadar mengurangkan stress, water rafting juga
adalah cara yang luar biasa untuk mengendalikan otot-otot di dalam badan anda
juga!
Mendayung adalah cara yang sempurna untuk melatih biceps
anda dan membina kekuatan anda. Usaha yang diperlukan untuk menjaga
keseimbangan dalam boat adalah penting dalam memperkuatkan abs core dan kaki
anda. Secara keseluruhan, aktiviti fizikal ini akan membantu menguatkan sistem
kardiovaskular anda dan mencabar fizikal anda.
Oleh itu pastikan anda telah makan secukupnya sebelum
melakukan aktiviti ini. Satu sesi water rafting selama lebih kurang 2- 3 jam
akan membakar sehingga lebih dari 300 kalori/sejam.
4. Ianya selamat
Jika anda belum pernah menyertai water rafting sebelum
ini, anda mungkin ingin tahu jika ia selamat. Kami dapat memberi jaminan bahawa
kami mengambil keselamatan dengan sangat serius, dan kami memberikan taklimat
keselamatan, cara memakai peralatan keselamatan seperti life jacket dan helmet
dan cara pengendalian water rafting sebelum sesi bermula. Juga, semua raft
guide kami telah dilatih secara professional dan berpengalaman. Tidak perlu
risau dengan kami kerana kami akan menjaga anda.
Sehingga berjumpa lagi..Adios
No comments:
Post a Comment